Tuesday, 21 January 2014

Alunan mendamaikan

Ketenangan dan istirehat

Jiwa dan fikiran yang tenang adalah penting untuk semua orang. Pada saya untuk mendapatkan ketenangan semuanya datang dari diri sendiri. Walau sesibuk mana sekalipun kita harus membahagikan masa walaupun hanya sebentar untuk diri kita sendiri. Berehat sebentar tidur ke, itu pun pada saya satu ketenangan. Wah....syoknya dapat tidur, masa untuk rehat... Tidak kiralah bila masanya siang atau malam. pada saya waktu yang paling sesuai adalah waktu malam dimana waktu itu kita boleh kosongkan fikiran tenangkan jiwa, pada yang suka pada muzik bolehlah mendengar musik yang soft klu nak menonton pula biarlah yang ringan2, xpyahlah nak tgk cerita seram ke citer citer yang menaikkan adrenelin kita. tgklah cerita komedi yang lebih membuat kita ketawa dan happy..kan bagus abis je cerita kita masih happy, taklah sebaliknya. Klu waktu malam kita buat begini layan lagu yang soft gini klu tertidur pun xkisah, rasanya bangun pagi pun fikiran tenang je. bolehlah sambung semula kerja kerja kita yang berbaki tu...
      Betullah kata org masalah setiap orang tu bukannya sama terpulanglah pada diri masing masing. ini cuma pendapat  dan cara saya untuk merehatkan minda dan memberikan ketenangan pada jiwa saya sendiri setelah melayani kerenah anak anak serta menjalankan tugas harian saya yang tidak kurang sibuknya
dan selalunya ia berhasil. Ketenangan dan istirehat adalah penting untuk kesihatan luaran dan dalaman diri kita. kita bukanlah mesin yang sentiasa bergerak. Mesin juga akan rosak akhirnya sekiranya bekerja tanpa henti. Bayangkan kalau kita jadi macam tu...Sehingga jumpa lagi...