Monday 24 November 2014

Japanese cheese cake

Seperti biasa saya akan kongsi lagi resepi yang sedap ini dengan korang sma..resepi ni klu dibiar akan hilang macam tu ajer..jadi saya share di sni klu korang nak cuba pulak..


Kek Keju Jepun
Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing

Ukiran seni kratif..


Kreativiti mengatasi segalanya...

Sayang rasanya bila jumpa sesuatu sekreatif ini..daripada hilang macam tu saja baik saya share ajer di blog..manalah tau kot kot nanti boleh digunakan ilmu kemahiran ni  nanti..hehehe...share dari stylish Eve.







Friday 21 November 2014


Hai frenz..love to earn more money....

Everyone can join the site
Unlimited Job Positions!
Anyone can Join!
No Experience required!
Instant Account Setup and Money Making!
No joining fee
You can earn without any limits Many of our top members are earning more then 500$ per day and 10,000$+ per month
http://peruserpaid.com/?ref=13009

Murtabak roti cheesy

Murtabak Roti cheesy


Hari ini saya nak share murtabak roti cheezy ni...simple dan sedap...yummmy...

Alaaaa... Pakai apa lagi, roti gardiner la. Hehe. Apalagi! Jom tengok cara buat!
Bahan-bahannya
12 keping roti Gardinier
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
1 paket daging hancur(Ramly burger)
1 biji cili merah potong halus
3 1/2 sudu besar rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong dadu
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.
Amboiiiii~ Memang nangis la makan Mertabak Roti Cheesy ni kejap lagi. Sedapnyeeee. Okey korang! Selamat mencuba

Khasiat Timun


Khasiat Timun
1. Diet Harian
❥ Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
❥ Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
❥ Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
2. Kulit.
❥ Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
❥ Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit.
❥ Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.
❥ Kulit timun membantu memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.
3. Rambut.
❥ Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.
4. Sistem Penghadaman.
❥ Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser mulut keasidan, pedih hulu hati dan gastrik.
❥ Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.
5. Penyakit.
❥ Kajian mendapati timun mengandungi lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol-3 lignans yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser rahim dan kanser ovari.
❥ Jus timun bermanfaat untuk penyakit kencing manis. Ia mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk menghasilkan insulin.
❥ Pengambilan kerap membantu melarutkan kencing atau batu karang.
❥ Timun kaya dengan vitamin A, B1, B6, C, D, folat, kalsium, magnesium dan kalium. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, ia membantu melegakan gout dan sakit arthritis dengan merendahkan tahap asid urik.
❥ Jus timun mengandungi banyak kalium, magnesium dan serat yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah.
6. Gusi dan Gigi.
❥ Juga timun juga bermanfaat bagi anda yang mengalami masalag gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.
7. Mata.
❥ Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.
✿TIP✿
Jika anda ingin membeli timun, pastikan ia berwarna hijau tua dan keras apabila dipegang. Elakkan timun yang terlalu masak (berwarna kuning) kerana kebiasaannya ia mengandungi lebih banyak serta yang tidak larut dan benih matang.

Thursday 20 November 2014

resepi muffin coklat yang simple

RESEPI MUFFIN COKLAT SIMPLE.

Bahan A

13/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang/ tapi klu xda gula putih pun blh ajer..
1 sudu teh baking powder
1 sudu reh soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
Campurkan kesemua bahan ini kedalam mangkuk dan ketepikan..

Bahan B

1 cawan fresh milk/ klu xda fresh milk bancuh susu tepung pun boleh juga..
1biji telur pukul sedikit
1/3 butter yang dah dicairkan/ klu xda butter minyak masak pun boleh juga tapi butter lebih membuatkan muffin kita baunya menyelerakan.
1 sudu kecil esen vanilla
coklat chip/coklat rice secukupnya ikut selera kitalah.
jgn lupa cup untuk muffin kita. suka hati ikut saiz yang berkenan. Klu besar saiznya dapat sikitlah muffinnya klu kecil banyak sikit dapatnya.

Dalam bekas lain pukul telur campurkan susu dan butter yang dah dicairkan tadi jn lupa esen vanilla akhir sekali masukkan bahan A gaul rata....mudahkan..
masukkan kedalam muffin cup dan tabur coklat rice atau chip.
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak..





Hai frenz..love to earn more money.... Everyone can join the site Unlimited Job Positions! Anyone can Join! No Experience required! Instant Account Setup and Money Making! No joining fee You can earn without any limits Many of our top members are earning more then 500$ per day and 10,000$+ per month http://peruserpaid.com/?ref=13009